Make your own free website on Tripod.com

Laman Utama

Sejarah Penubuhan KRS | Objektif Penubuhan KRS | Lagu KRS | Bendera KRS
Kadet Remaja Sekolah Malaysia
Objektif Penubuhan KRS

Objektif Penubuhan KRS

  • Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing,     kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.
  • Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.
  • Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.
  • Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.
  • Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.
  • Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara
  • Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.


@HakCipta Terpelihara KRSACS Klang 2003@